Tuesday 7 May 2013

Takdir Terindah - Part 2

Hairi terlihat seorang lelaki dan seorang wanita sedang bertelingkah. Hairi terkejut tatkala lelaki itu menampar wanita tersebut sehingga tersungkur ke atas jalan. Hairi ingin membantu wanita itu tetapi Hairi takut pula jika terjadi apa-apa pada dirinya. Lelaki yang menampar wanita terus menaiki kereta dan meninggalkan wanita itu keseorangan di tepi jalan. Hairi mengambil keputusan mendekati wanita itu.
" ermm awak tak apa-apa?"tanya Hairi sambil membantu wanita itu bangun.
" Tak...tak ada apa-apa" jawab wanita itu.
" Siapa lelaki tadi?suami awak ke?" tanya Hairi
" Tak...awak tak payah ambil tahu ok..jangan campur urusan hidup saya..dah..bye.." jawab wanita itu lalu terus berjalan meninggalkan Hairi.
Hairi terpinga keseorangan, Hairi terus berjalan pulang ke rumahnya. Otaknya ligat memikir siapakah wanita itu dan kenapa lelaki itu menamparnya pada waktu wanita tersebut bertelingkah dengan lelaki itu.
"Ish,kenapa aku asyik fikir pasal perempuan tu?adoi...buat serabut otak aku ja..." Hairi bercakap sendirian.
Hairi meneruskan perjalanannya pulang ke rumah.
Setelah Hairi sampai di rumahnya, Hairi kehairanan kerana terdapat kasut perempuan di hadapan pintu rumahnya. Hairi ingin membuka pintu tetapi pintu itu terbuka dan muncul pula seorang perempuan di sebalik pintu itu. Amran iaitu kawan serumah Hairi berada di belakang perempuan yang tidak dikenali Hairi.
" Hairi..baru balik ke?kelas habis lambat ke?" tanya Amran
" Ya, baru balik, tak lah, aku stay library tadi." jawab Hairi
" Kenalkan  kawan aku, Zurina" Amran memperkenalkan perempuan yang dibawa olehnya ke rumah kepada Hairi.
" Hai, saya Zurina" sapa Zurina kepada Hairi sambil menghulurkan tangan untuk salam
Hari tidak menjawab sapaan Zurina dan terus masuk ke dalam rumah.
Amran dan Zurina pelik dengan tingkah laku Hairi.
" ermm..kenapa pula dengan Hairi tu. Tak apa la Zu balik ok, dah lewat ni." kata Amran
" Ok, Zu balik dulu. Selamat Malam Am."
Hairi masuk ke dalam biliknya.
" Amran-amran..kenapa la kau masih tak berubah?" Hairi berkata sendirian sambil menggelengkan kepalanya.
Amran mengetuk pintu bilik Hairi.
" Hairi? Aku masuk boleh?" tanya Amran
" Masuk la." jawab Hairi
Amran masuk ke ruangan bilik Hairi.
" Kenapa kau tak bersalam dengan Zu tadi?"soal Hairi
" Am, kau kenalkan jenis aku macam mana, aku tak suka ada perempuan masuk dalam rumah ni."kata Hairi
" Tapi sebab apa?" tanya Amran
" Am, apa yang kau buat dengan perempuan tadi dalam rumah?"  tanya Hairi pula
" Aku tak buat apa-apa yang tak senonoh dengan dia, dia sunyi, sebab itu dia datang sini, dia nak share masalah dengan aku, salah ke?"
" Ok, aku boleh terima jawapan kau tapi aku harap kali ni kali terakhir kau bawa perempuan masuk ke dalam rumah ni, faham!" tegas Hairi
" ok, aku faham, aku minta maaf ya Hairi" kata Amran.
" Aku maafkan, dah pergilah tidur."
" ok, aku tidur dulu, selamat malam."
Amran keluar daripada bilik dan terus masuk ke dalam biliknya.
Pada keesokkan harinya, Amalina ingin menaiki keretanya untuk pergi ke kelas tetapi keretanya pula tidak boleh berfungsi. Amalina membuat keputusan untuk menaiki bas awam ke kelas.
Secara kebetulan, Amalina terserempak dengan Hairi di stesen bas, namun Amalina tidak menyapa Hairi dan Hairi tidak perasan kehadiran Amalina di stesen bas.
Ada seorang lelaki datang ke arah Amalina dan......
Bersambung..

Friday 5 April 2013

TAKDIR TERINDAH -Part 1


       Hairi adalah seorang pelajar yang sedang menuntut di sebuah universiti dan mengambil jurusan penulisan skrip
             Pada suatu hari Hairi terlewat untuk ke kelas dan dalam kekalutan dia melintasi satu jalan dan tiba-tiba muncul pula sebuah kereta dan hampir melanggar Hairi namun nasib baik dia cepat mengelak.         Setelah Hairi tiba di kampus, kereta yang hampir melanggarinya tadi ada di hadapan kampus tersebut.
            Hairi hanya memerhatikan kenderaan tersebut dan terus menuju ke kelasnya. Selesai sahaja kelas Hairi ingin pergi ke perpustakaan dan langkah Hairi terhenti tatkala kereta yang sama Hairi jumpa di hadapan kampusnya pagi tadi turut berada di hadapan perpustakaan.
            Hairi memasuki ruangan perpustakaan namun tiba-tiba ada seorang gadis yang dalam kegopohan terlanggar bahu Hairi dan terus berlalu pergi. Hairi bermonolog sendirian “kenapalah aku asyik kena langgar je hari ni,huh!”
      Hairi meneruskan langkahnya namun terhenti seketika kerana merasakan terpijak sesuatu benda. Hairi cuba melihat apa yang berada di bawah kasutnya dan Hairi menjumpai kad matrik gadis yang berlanggar dengan dia sebentar tadi. Hairi mengambil kad itu dan ingin mengetahui siapakah empunya kad itu. “Nur Amalina…ermm sedap nama,macam orangnya juga(sambil melihat gambar di kad matrik). Aku kena pulangkan balik nih”. Hairi berlari ke arah kaunter  perpustakaan cuba untuk mendapatkan gadis yang tercicir kad matrik tadi. Hairi berlari keluar ke pintu masuk perpustakaan dan melihat kereta yang hampir melanggarinya pagi tadi terus berlalu keluar. “oh nila tuan empunya kereta yang nak langgar aku pagi tadi..inilah peluang aku nak kenakan dia…hihi..tunggu jela esuk..”.
        Amalina pulang ke rumahnya dan semasa ingin membuka tudungnya baru ia teringat akan kad matriknya dan ia menyangkakan kad matriknya telah hilang.
        Pada keesokannya, Amalina sedang mengulang kaji pelajaran bersama rakannya iaitu Nadia dan kebetulan Hairi masuk ke ruangan perpustakaan pada waktu itu.
        Hairi terlihat Amalina dan kawannya sedang belajar bersama dan inilah masa yang sesuai untuk Hairi memulangkan balik kad matriknya. Namun, ada akal yang nakal muncul dalam fikiran Hairi.
Hairi menghampiri meja belajar Amalina dan Nadia dan meminta izin untuk duduk berhadapan dengan mereka. Berkerut dahi Amalina apabila melihat kad matriknya dipakai oleh Hairi.
        Amalina memberitahu Nadia bahwa lelaki di hadapan mereka ada kad matrik kepunyaannya.
 Nadia menegur Hairi dan memberitahu bahawa kad matrik yang dipakai oleh Hairi adalah milik Nur Amalina. Hairi berpura-pura dan lihat kembali kad matrik yang dipakai olehnya lalu ia memulangkan kembali kepada Amalina.
        Amalina tersipu malu akan kelakuan Hairi, kemudian Hairi mebicarakan sesuatu kepada Amalina “ermm awak..maaf lah okay,saya rasa mungkin awak tak perasan kot masa kita berlanggar kelmarin kad awak tu terjatuh, so saya ingat nak bagi balik tapi tengok-tengok awak dah tak ada,jadi saya simpan and nampak awak lak kat sini hari ini kat library, tu yang saya nak pulang balik..tak marah kan?”kata Hairi
              "Ermm..tak adala..terima kasih sebab tolong simpankan kad matrik saya" balas Amalina.
      "Afwan Ukhti..." balas Hairi pula sambil tersenyum.
               Semasa perjalanan pulang ke rumah, Hairi melalui satu jalan yang jarang ia lalui dan tujuan ia menggunakan jalan itu supaya lebih cepat sampai ke rumah. Dalam sedang Hairi berjalan , Hairi terlihat sesuatu.......................


ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

hai..salam perkenalan, terima kasih sangat sekiranya anda telah luangkan sedikit masa untuk membaca karya yang tak seberapa indah hasil nukilan saya..hihi..saya baru mula ingin menjinak-jinak dengan dunia penulisan, minat tu sebenarnya datang apabila saya mula membaca novel yang pertama kali saya baca iaitu 'Manisnya Cinta" karya Anis Ayuni.

Saya berharap dengan blog ini, saya dapat tahu apa feedback daripada pembaca tentang karya-karya cerpen saya..hope enjoy!..assalamualaikum..=)