Hairi adalah seorang pelajar yang sedang menuntut di
sebuah universiti dan mengambil jurusan penulisan skrip
Pada suatu hari Hairi terlewat untuk ke kelas
dan dalam kekalutan dia melintasi satu jalan dan tiba-tiba muncul pula sebuah
kereta dan hampir melanggar Hairi namun nasib baik dia cepat mengelak. Setelah Hairi tiba di kampus, kereta yang hampir
melanggarinya tadi ada di hadapan kampus tersebut.
Hairi hanya memerhatikan kenderaan tersebut dan
terus menuju ke kelasnya. Selesai sahaja kelas Hairi ingin pergi ke
perpustakaan dan langkah Hairi terhenti tatkala kereta yang sama Hairi jumpa di
hadapan kampusnya pagi tadi turut berada di hadapan perpustakaan.
Hairi memasuki ruangan perpustakaan namun
tiba-tiba ada seorang gadis yang dalam kegopohan terlanggar bahu Hairi dan
terus berlalu pergi. Hairi bermonolog sendirian “kenapalah aku asyik kena
langgar je hari ni,huh!”
Hairi meneruskan langkahnya namun terhenti
seketika kerana merasakan terpijak sesuatu benda. Hairi cuba melihat apa yang
berada di bawah kasutnya dan Hairi menjumpai kad matrik gadis yang berlanggar
dengan dia sebentar tadi. Hairi mengambil kad itu dan ingin mengetahui siapakah
empunya kad itu. “Nur Amalina…ermm sedap nama,macam orangnya juga(sambil melihat gambar di kad matrik). Aku kena
pulangkan balik nih”. Hairi berlari ke arah kaunter perpustakaan cuba untuk mendapatkan gadis
yang tercicir kad matrik tadi. Hairi berlari keluar ke pintu masuk perpustakaan
dan melihat kereta yang hampir melanggarinya pagi tadi terus berlalu keluar.
“oh nila tuan empunya kereta yang nak langgar aku pagi tadi..inilah peluang aku
nak kenakan dia…hihi..tunggu jela esuk..”.
Amalina pulang ke rumahnya dan semasa ingin
membuka tudungnya baru ia teringat akan kad matriknya dan ia menyangkakan kad
matriknya telah hilang.
Pada keesokannya, Amalina sedang mengulang kaji
pelajaran bersama rakannya iaitu Nadia dan kebetulan Hairi masuk ke ruangan
perpustakaan pada waktu itu.
Hairi terlihat Amalina dan kawannya sedang
belajar bersama dan inilah masa yang sesuai untuk Hairi memulangkan balik kad
matriknya. Namun, ada akal yang nakal muncul dalam fikiran Hairi.
Hairi menghampiri meja belajar Amalina dan Nadia dan meminta izin untuk duduk berhadapan dengan mereka. Berkerut dahi Amalina apabila melihat kad matriknya dipakai oleh Hairi.
Hairi menghampiri meja belajar Amalina dan Nadia dan meminta izin untuk duduk berhadapan dengan mereka. Berkerut dahi Amalina apabila melihat kad matriknya dipakai oleh Hairi.
Amalina memberitahu Nadia bahwa lelaki di
hadapan mereka ada kad matrik kepunyaannya.
Nadia menegur Hairi dan memberitahu bahawa kad matrik yang dipakai oleh Hairi adalah milik Nur Amalina. Hairi berpura-pura dan lihat kembali kad matrik yang dipakai olehnya lalu ia memulangkan kembali kepada Amalina.
Nadia menegur Hairi dan memberitahu bahawa kad matrik yang dipakai oleh Hairi adalah milik Nur Amalina. Hairi berpura-pura dan lihat kembali kad matrik yang dipakai olehnya lalu ia memulangkan kembali kepada Amalina.
Amalina tersipu malu akan kelakuan Hairi, kemudian
Hairi mebicarakan sesuatu kepada Amalina “ermm awak..maaf lah okay,saya rasa
mungkin awak tak perasan kot masa kita berlanggar kelmarin kad awak tu
terjatuh, so saya ingat nak bagi
balik tapi tengok-tengok awak dah tak ada,jadi saya simpan and nampak awak lak
kat sini hari ini kat library, tu
yang saya nak pulang balik..tak marah kan?”kata Hairi
"Ermm..tak adala..terima kasih sebab tolong simpankan kad matrik saya" balas Amalina.
"Afwan Ukhti..." balas Hairi pula sambil tersenyum.
Semasa perjalanan pulang ke rumah, Hairi melalui satu jalan yang jarang ia lalui dan tujuan ia menggunakan jalan itu supaya lebih cepat sampai ke rumah. Dalam sedang Hairi berjalan , Hairi terlihat sesuatu.......................
No comments:
Post a Comment